Monday, April 20, 2009

My Photography Portfolio

In an attempt to proof that my writing skill is multi-lingual, I'm writing this one in Malay. Ehem *clear throat*.


Setelah lebih setahun saya membawa barangan SLR yang amat berat lagi bagak dan berlagak hampir ke semua pelusuk dunia, termasuklah Queensbay dan Gurney Plaza, amat sesuai masanya untuk duduk diam sekejap dan imbas kembali apakah yang sudah dicapai-kapai setakat ini.

Seni fotografi amat lah unik. Tapi, tak lah 'uni'. Cuma unik. Ianya unik kerana ianya 'uni'versal. Dan untuk mendalaminya, tak perlu pergi ke 'uni'versiti. Unik kan?

Fotografi digital, jika diimbas apa yg di baca di dalam majalah RM9 di tingkat bawah Carrefour itu, merupakan seni menangkap imej masuk ke dalam memori kad. Sedikit seperti di cerita Ben 10. Cuma seni ini, tidak memerlukan kuasa2 jahat.

Minta maaf jika saya tergelincir landasan.

Setahun telah se-sudah. Dan se-telah dilihat kembali gambar2 seni yg telah diambil, ternyata, tidak lah se-seni se-perti di se-sangka kan. Jika dirumuskan melalui 2 perkataan: Gagal Sekali! *gunakan intonasi komentutur bolasepak Melayu untuk kesan yang lebih kuasa*

Diimbasi, koleksi saya cumalah, jika tidak gambar keluarga, gambar bunga atau gambar pemandangan nusantara belantara. Gagal sekali. Dimanakah gambar2 ber-irama-kan skill seperti aksi sukan? Aksi kaku seperti dipaku? Aksi model melampau? Atau aksi lukisan cahaya kebaya? Gerakan irama ('panning')? Aksi tak sedar diri (candid)? Dan gubahan air dangdut (water sculpture)?

Ish ish... sia2 saja meletihkan otot membawa kamera SLR. Jika ditanya kaum nubi di forum, perasaan koro pasti menyelubungi. Kebaikan yang boleh diharapkan cumalah dengan memastikan bahawa nama siber yang didaftarkan di forum itu, langsung sekali tiada kaitan dengan nama sebenar. Sebagai contoh, jika bernama Abu Bakar, pastikan nama siber adalah panaz dan ganaz seperti Need4Spit atau Kukukurakuraku, dan jangan sesekali berkaitan dgn nama sebenar, seperti Ashburn.

Sekali lagi, maafkan saya kerana tergelincir landasan.

Gerak ke hadapan, azam tahun 2009, saya rasa amat sesuai jika saya mengfokuskan diri nyata ini untuk melebarkan portfolio fotografi saya. Sebagai contoh, walaupun saya tidak mengemari seni mikro, saya masih perlu mencubanya, demi untuk membaloikan pengorbanan ringgit dan hinggit terhadap barangan SLR saya. Sudah pasti, di dalam melakukan aksi yg tidak serasi pada perinsip, ini mungkin akan menyebabkan tekanan darah meningkat tetapi bak kata orang lama; Hidup untuk Makan, Bukan Makan untuk Hidup. Eh..

Namun, perjalanan ini pastinya akan menjadi menarik dan tertarik kerana ia akan menelanjangkan saya ke alam baru. Dan ianya mungkin juga akan memberikan satu realisasi baru terhadap seni fotografi yang berahi dan serba unik ini.

6 comments:

Anonymous said...

(tak paham aku baca..)

saudara iffil, karya anda ini bila dibaca amat membingungkan dan acapkali membuat saya termenung. Sementelah men"convert" kan ke English baru ada paham.

Aper2 pun satu percubaan yang sangat baik dan harus dipuji. Teruskan usaha anda!

-nana cun-

sara said...

u so funny one!

--iffil-- said...

hi nana chun :-)
terima kasih atas lawatan anda. percayalah, tidak langsung ada sebarang niat untuk membawa kebingungan ke dalam kehidupan anda.

hi sara :-)

Unknown said...

iffil, i think i understand u better in english. heheh... nice try. menarik.

Anonymous said...

hehehehe ni lah akibatnya bila kat opis cakap ompotih ngan bos, cakap melayu ngan kengkawan, balik rumah cakap indon ngan bibik, cakap melayu + indon + omputih ngan anak and wifey. ish tak bole post.....cit lupa pengguna nama and lalu perkataan ermm anonymous la....yysan

--iffil-- said...

azura,
thks for dropping by.

yus,
pengguna nama?? wtf! hahaha!