Saturday, October 03, 2009

Kulim Di Serang

Ya, berita gempar. Kulim diserang.

Perkara ini sebenarnya telah berlaku secara perlahan-lahan sejak beberapa tahun lagi. Namun, berbekalkan dengan radar canggih tahun 70-an, ianya tidak disedari oleh para pemimpin kita.

Sejak setahun lalu, serangan ini telah menjadi amat jelas. Namun, perhatian kita semua telah dikaburi oleh mekanisme kerajaan seperti Enjin Pangkabur Rakyat CSL (Chua Soi Lek) dan pengulangan melampau iklan MyeG.com.

Apa yang haram-jadahnya ialah, semua ini ialah penyerangan red-carpet. Yakni berpunca dari sikap pemalas dan tidak endah rakyat pemimpin-pemimpin.

Sungguh sedih walaupun rakyat telah membayar segala jenis cukai di bawah matahari seperti pendapatan, tanah, jalan, tingkap, pintu, jamban di samping eksais kereta (atau dikenali sebagai subsidi rakyat untuk kerajaan), tol lebuhraya, duti servis dan RM1 untuk setiap borang kerajaan yang bernilai 5sen.

Memang Bolehland betul, dari ertikata; Boleh Blah!

U-turn kembali ke topik, secara khususnya, pemimpin telah gagal untuk melakukan tanggungjawab asasnya, yakni memastikan kebersihan demi rakyat. Dan ini telah melemparkan red-carpet untuk penyerangan sejenis spesis terhadap Kulim; iaitu LALAT.

Maintenance sistem kebersihan sampah, longkang dan kawasan terbiar amatlah sedih mendayu-dayu bagaikan kisah hidup Zaiton Sameon. Ntah-ntah, sistem pun takde.

Jika tanggungjawab asas pun gagal, yang lain tak tahu lah. 1Malaysia konon. Kedah Maju podah! 2020 prak!

Secara logik, jika kebersihan prak, kesihatan pun prak. Kesihatan prak, hospital pun prak. Hospital prak, kadar kematian dan ponteng sekolah dan kerja pun prak. Productiviti prak, pelaburan asing pun prak. Dan kadar jenayah terus naik bagai nak rak. Wawasan 2020 ntah kemana, 1Malaysia ntah kemana. Time tu, dah habis profit taking, BN pun dengan happynya handover negara ke BA.

Saya melihat kadar kenaikan lalat dan kualiti iklan MyeG sebagai indikator bahawa negara menuju kemusnahan.

Jadi, jika pemimpin boleh menyedarkan diri dari keadaan mabuk duit dan kuasa, dan menjalankan tanggungjawab asasnya, mungkin ada peluang untuk Malaysia menjadi sebagai sebuah negara yang dihormati bukan kerana kemegahan sintetik materialnya seperti KLCC, Litar F1 dan Sunway Lagoon, tetapi kerana mentaliti rakyat dan pemimpinnya.


8 comments:

Michael Jackson Kulim/PJ said...

so lawak. :-)

but at one point, you sound like karam singh walia.

JALAN REBUNG said...

bro ...

tak yah gi jauh ..ko lepak je kat old town tu ..dlm 2 minit je ..serangan akan berlaku ...

sara said...

it is so true..kesian tuan2 rumah yang buat kenduri kawin anak, open house etc etc..people might perceive the great amount of lalat as bad hygiene..tapi sebenarnya..orang kulim je yang tau..

Huslina said...

saya masih tak paham...adakah pihak yang tercedera dlm serangan itu? adakah faktor ini juga menyumbang kepada keengganan kak hindun pulang ke pangkuan saudara/saudari?

Anonymous said...

banyak sangat lalat sampai masuk dlm production floor..if this continue, we may need to add in new defect criteria.."flies attack" :) koei

Anonymous said...

berbaur politik....sejak bila nih....

yysan

Rizal said...

Angry malay male punya angst ni. Msia ni mmg turning into a dump. Pengotoq out number bukan pengotoq. Bela ayam la bela tu la n bela ini la. Buang sampah merata, toilet tak terjaga, public buat mcm zaman batu bila mai bab toilet awam, safety awam pun x terurus, org tarik keta pun tipu org, insuran kereta tipu org, yg patut jaga awam tipu org...mg turning into a dump. Now aku faham sebb org migrate, sebb dah lost hope..dah tak nmpk future, tak rasa safe, rasa di iniaya sentiasa.

Rizal said...

Angry malay male punya angst ni. Msia ni mmg turning into a dump. Pengotoq out number bukan pengotoq. Bela ayam la bela tu la n bela ini la. Buang sampah merata, toilet tak terjaga, public buat mcm zaman batu bila mai bab toilet awam, safety awam pun x terurus, org tarik keta pun tipu org, insuran kereta tipu org, yg patut jaga awam tipu org...mg turning into a dump. Now aku faham sebb org migrate, sebb dah lost hope..dah tak nmpk future, tak rasa safe, rasa di iniaya sentiasa.